Welcome to "SwansLyloo"

Welcome to "SwansLyloo"

Friday 9 May 2014

Makeup Nikah & Sanding di Ayer Molek Melaka pada 02052014 & 03052014

Untuk kali ni Mass menatarias wajah customer di Ayer Molek Melaka pada 02052014 & 03052014..

02052014 - Majlis Ijabkabul selepas nikah & Majlis Malam Berinai
03052014 - Persalinan (Vietnam & Jawa) - Pagi
               - Majlis Persandingan

Alhamdulillah majlis berlangsung dengan teratur sekali..customer pun sangatla puas hati n sepupu pengantin terus booking untuk bulan 8 nanti..alhamdulillah kerana mempercayai kebolehan Mass..

Cust : Soleha
MUA : Massalwah Mohd Rizal
Full Package by Butik Andaman / Pengantin Gee Cantik Bridal House


                                                         Nikah
  Persalinan vietnam











Persalinan Jawa









Persandingan
















Makeup Tunang di Bukit Emas Seremban N9 pada 01 Mei 2014

Assalam u all..hari ni Mass nak share pic untuk awal bulan Mei yang lepas..alhamdulillah sebab rezeki mass tak putus sampai sekarang..syukur sangat2..

Pada 1st May haritu sempene hari pekerja Mass masih seperti biase menjalankan tugas untuk menyempurnakan dan merealisasikan hajat para customer Mass..

Kali ni Mass menatarias wajah anak mami di Bukit Emas Seremban N9 untuk majlis pertunangan beliau..alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan customer tersangat berpuas hati.

Fyi, atas permintaan customer dan keluarga, kening customer ni Mass x cukup pun tapi mass hanya merapikan sahaja..

Cust : Shera
MUA : Massalwah Mohd Rizal





 


Tuesday 29 April 2014

Makeup Bertandang di Kg. Sg Machang Ulu Lenggeng N9 pada 26042014

Hi u all..yang ni plak adalah hasil makeup bertandang untuk customer minggu lepas di Kg. Sg Machang Ulu Lenggeng N9 pada 26hb April 2014..

Tetapi, lokasi makeup adalah dirumah pengantin perempuan di Villa Impian, Pulai N9..alhamdulillah belum start makeup lagi Mass menerima feedback untuk makeup nikah yang lepas adalah customer dan family tersangatla puas hati diatas sentuhan yang diberikan..so, bertambah semangat untuk Mass menatarias wajah beliau sekali lagi..huhu..

Terima kasih jugak terhadap family customer yang tersangatla simple & very humble kerana membuatkan Mass sangat selesa melakukan tugas semasa majlis berlangsung

Fyi, kening customer juga tidak dicukur untuk kali ini bahkan mass hanya menggunakan teknik gam gening untuk merapikannya

Cust : Amira Nabila
MUA : Massalwah Mohd Rizal



Makeup Nikah di Villa Impian Pulai Negeri Sembilan pada 18042014

Untuk kali ini, Mass memberi sentuhan makeup nikah pada 18hb April 2014 di Villa Impian Pulai Negeri Sembilan..

Alhamdulillah syukur walaupun terkejar2 mase dengan kerja namun Mass dapat menunaikan hasrat customer dan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada customer..

Terima kasih juga kepada customer dan keluarga yang tersangatla ramah diatas layanan yang diberikan.. 

Untuk pengetahuan semua, muke customer adalah jenis muka yang banyak mengeluarkan peluh tetapi itu bukan halangan untuk Mass menatarias wajahnya..untuk pengetahuan jugak, kening customer tidak dicukur tetapi Mass hanya menggunakan teknik gam kening untuk merapikan dan mencantikkan lagi wajah yang sedia cantik..

Cust : Amira Nabila
MUA : Massalwah Mohd Rizal





Tuesday 8 April 2014

Makeup Dinner di Prima Inland Sea Resort Port Dickson N9 pada 05042014

Selepas selesai menatarias wajah pengantin di pagi hari, Mass terus ke next destinasi iaitu Prima Inland Sea Resort Port Dickson untuk tugas yang seterusnya.

Seperti biasa, Mass hanya boleh mengambil dua task sahaja untuk satu hari kerana masa adalah suntuk..

Walaubagaimanapun, customer kali ini request untuk makeup yg simple tapi nice dan kening tidak mahu dicukur..kebiasaannye jika customer request untuk tidak mahu kening dicukur, Mass terus akan menggunakan teknik gam kening untuk memudahkan sesi menatarias wajah customer..dinner start pada pukul 07:30pm and masa yang diberikan adalah dari pukul 06:45pm..

Oleh kerana masa yang diberikan adalah singkat Mass cuba sedaya upaya untuk memberi hasil yang terbaik berdasarkan permintaan customer..

Alhamdulillah, customer tersangatlah puas hati dan berkata ramai yang puji cantik walaupun pada mulanya customer tidak confident kerana tak selalu makeup katanye..huhu..

Oleh kerana masa agak singkat, Mass tidak dapat menunjukkan pic sebelum..pic selepas pun tidak berapa cantik..almaklumla bila makeup dihotel lampunya berwarne oren dan pic akan jadik kurang cantik..

Cust : Echa Sepang
MUA : Massalwah Mohd Rizal


Makeup Nikah & Sanding di Felda Bukit Rokan Utara pada 04 & 05 April 2014

Alhamdulillah..Job minggu ni Mass di Felda Bukit Rokan Utara N9 pada 04 & 05hb April 2014..

Pada 04hb April 2014, Mass menatarias wajah pengantin untuk majlis pernikahan dan pengantin telah selamat diijabkabulkan selepas solat isyak.  Pada 05hb April plak Mass menatarias kedua mempelai untuk majlis persandingan mereka..

Alhamdulillah feedback dari customer dan family adalah sangat terpuas hati dengan hasil sentuhan yang diberikan..Amin

Cust : Lily
MUA : Massalwah Mohd Rizal
Busana : Butik Andaman / Pengantin Gee Cantik Bridal House

Makeup Nikah
Makeup Sanding










Monday 7 April 2014

Makeup Dinner pada 29032014

Selepas menatarias wajah pengantin di pagi hari, Mass terus bergegas ke destinasi seterusnya di Seremban untuk memenuhi permintaan customer seterusnya..

Permintaan kali ini adalah untuk makeup dinner(makeup sahaja)..customer request makeup simple but nice..so Mass seperti biasa akan memenuhi segala permintaan customer berdasarkan permintaannya..

Cust : Nadia
MUA : Massalwah Mohd Rizal


Makeup Bertandang di Seremban Jaya pada 29032014

Alhamdulillah rezekiku tidak putus..kali ni Mass menatarias wajah pengantin di Seremban Jaya N9 pada 29hb Mac 2014

Oleh kerana ini adalah majlis menerima menantu, pengantin perempuan telah meminta supaya keningnya tidak dicukur dan tidak mahu menggunakan bulu mata palsu..

Alhamdulillah, bagi menghormati permintaan pengantin Mass berjaya memuaskan hati pengantin berdasarkan permintaannya..Mass hanya menggunakan teknik gam kening sahaja untuk merapikan kening pengantin kali ini..

Cust : Nadia
MUA : Massalwah Mohd Rizal


Seperti biasa kite selfie sekejap ngan pengantin..huhuhu

Wednesday 26 March 2014

Makeup Sanding di Kg.Tenai Gemencheh pada 22032014

Assalamualaikum u all..rasenye da lame x update kan..p xla sampai sebulan kan..huhuhuh..almaklumla Mass busy ngan study n keje so xde mase nk update kt sini..

Papepun, kali ni Mass nak share pic sanding di Kg.Tenai Gemencheh pada 22hb Mac 2014 hari tu..selalunye Mass ditemani oleh kawan2 tapi kali ni ditemani oleh due org anak buah Mass yang sibuk nak mengikut sebab cuti sekolah n boleh terus balik kampung katenye..huuhuhuh..

Untuk pengetahuan u all, pengantin kali ni kening x dicukup tapi hanye menggunakan teknik gam kening sahaja..alhamdulillah pengantin tersangat berpuas hati dan happy selepas melihat hasil sentuhan makeup yang diberikan..aminn

Cust : Nurul
Mua : Massalwah Mohd Rizal 
Busana : Pekej Lengkap dari Butik Andaman / Pengantin Gee Cantik Bridal House





 


yg ni pic anak buah yang menemani mak lang die buat keje..huhuhu

Saturday 8 March 2014

Kursus Solekan Versatile di Mini RTC Kuala Pilah pada 01032014

Hi u all.. arini mass nak share aktiviti last weekend haritu..kali ni mass dipanggil sekali lagi untuk berkongsi ilmu dalam bidang solekan kepada para peserta kursus solekan versatile di Mini RTC Kuala Pilah pada 01 March 2014..

Untuk kali ini, mass diminta untuk berkongsi ilmu bagaimana untuk mengaplikasikan makeup untuk pergi ke tempat kerja dan mengaplikasikan makeup untuk pengantin..

Untuk pengetahuan semua, kursus ini diadakan selama satu hari dari pukul 09:00pagi sehingga pukul 5:00petang..so Mass bahagikan masa kepada 2 iaitu sesi pagi untuk
 sesi teori dan sebelah petang sesi praktikal..